World Of Warcraft: Shadowlands Akan Tiba Pada 24 November Ini

Setelah pengumuman penundaan penambahan Shadowlands untuk permainan World Of Warcraft sebelum ini, hari ini Blizzard akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi penambahan tersebut di mana ia akan tiba pada 24 November 2020 ini buat pemain di Malaysia.

Penambahan utama kelapan untuk World Of Warcraft ini akan menyertakan pengembaraan seterusnya buat pemain di lokasi Shadowlands di mana pemain akan temui pelbagai musuh dan lokasi untuk diterokai selepas sahaja Battle Of Azeroth.

Pada masa yang sama, Blizzard juga mengumumkan beberapa cara untuk penambahan ini yang mana pada 11 November, acara The Scourge Invade Azeroth akan berlangsung dan pada 9 Disember kelak, acara The Gates Of Castle Nathria pula akan berlangsung.

Melalui acara-acara tersebut, pemain boleh menyertai pelbagai acara raid dan mendapatkan pelbagai ganjaran dan juga mod pemain lawan pemain untuk kandungan musim pertama bagi penambahan ini.

Bagi anda yang berminat, pernambahan World Of Warcraft: Shadowlands sudah boleh dipra-tempah yang mana ianya dijual dengan harga bermula $39.99(~RM167) melalui laman rasmi Battle.net.

Sohor Kini