Skip to main content

Valve hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali acara Diretide untuk permainan Dota 2 bersempena bulan Halloween ini.

Diretide merupakan acara tahunan khas bersempena musim Halloween di mana ia mula diperkenalkan sejak 2012 dan 2013 lepas dan kemudian Valve tidak langsung membawanya kembali. Kini selang beberapa tahun, acara Diretide 2020 akhirnya kembali untuk permainan Dota 2 bermula 29 Oktober sehingga 22 Disember 2020 ini.

Diretide merupakan mod permainan khas yang mana dua pasukan perlu mengumpul “Taffy” atau gula-gula dengan menumpaskan musuh di samping mengelak daripada serangan Roshan. Pemain yang mengumpul markah Diretide yang tertinggi, akan menerima pelbagai ganjaran khas.

Dota 2 adalah permainan MOBA percuma yang boleh dimuat-turun melalui Steam. Untuk melihat senarai ganjaran yang tersedia, anda boleh melayari laman rasmi Diretide di sini.

Leave a Reply