Dengan pelancaran permainan Call Of Duty: Black Ops Cold War yang semakin hampir pada 13 November 2020 ini, untuk pemain di PC hari ini Activision berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan pelbagai kelebihan dan tetapan yang pemain boleh tetapkan untuk permainan tersebut bersama keperluan spesifikasi PC.

Melalui video acah di atas, Activision memperlihatkan beberapa fungsi yang pemain boleh tetapkan seperti tetapan visual, audio, paparan antaramuka sehinggalah kawalan dengan lebih 200 tetapan.

Manakala dari segi sokongan resolusi, permainan ini akan menyokong visual grafik resolusi 4K dengan kadar bingkai sesaat tanpa had. Permainan ini juga akan menyokong fungsi bayangan yang lebih nyata seperti RTX Shadows, Ambient Occlusion dan juga NVIDIA DLSS. Menariknya, Activision juga mengesahkan sokongan pelbagai monitor dan ultra-lebar juga turut akan tiba.

Selain itu, Activision juga memperlihatkan keperluan spesifikasi PC di atas, di mana ia memerlukan jumlah RAM serendah 8GB untuk keperluan minimum. Menariknya, dari segi storan, untuk storan kandungan multi-pemain, ia hanya memerlukan 50GB sahaja manakala untuk kandungan mod lain ia memerlukan sebanyak 175GB dengan jumlah keseluruhan 250GB untuk tetapan Ultra.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada 13 November 2020 ini. Activision juga mengesahkan permainan ini turut akan tiba di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series S. Kami sebelum ini juga telah berkongsi pandang pertama untuk Beta permainan ini di mana anda boleh membacanya di sini.

Sohor Kini