Durian Digital adalah studio di sebalik siri animasi dan filem Didi & Friends dan juga Omar & Hana. Manakala, WAU Animation pula adalah studio yang menghasilkan Ejen Ali. Menerusi Facebook Hfi Emi, iaitu salah seorang pekerja Digital Durian mereka sedang bekerjasama dengan WAU Animation untuk projek istimewa.

Namun, apakah projek ini masih tidak diketahui lagi. Beberapa jam lepas, beliau mendedahkan yang Bront Palarae turut akan terlibat dengan projek ini dan adalah pelakon utama. Berdasarkan imej yang dikongsi lagi, Bront dilihat turut telah memulakan rakaman suara beliau. Tiada informasi yang dikongsi lagi. Projek istimewa mereka ini kekal menjadi misteri.