Michael Myers adalah pembunuh bersiri yang sangat misteri. Beliau membunuh ramai orang, ada masalah keluarga, gila, sukar untuk mati dan mengerikan. Sehingga hari ini, sudah ada 11 filem dalam francais Halloween. Ia mula ditayangkan pada tahun 1978, diolah semula pada tahun 2007 dan filem yang ditayangkan pada tahun 2018 merupakan sekuel terus kepada olahan semula ini.

Tidak dinafikan yang filem ini semakin lama semakin mengarut. Filem 2018 telah memperlihatkan Michael Myers “mati” terbakar dan sepatutnya tamat. Ia berakhir dengan allyson memegang pisau yang besar yang memberikan petanda adakah beliau akan menjadi ibunya atau menjadi seakan Michael Myers? Halloween bakal kembali dengan filem kedua belas, iaitu Halloween Kills dan akan ditamatkan dengan filem Halloween Ends.

Untuk filem Halloween Kills, ia sepatutnta ditayangkan pada tahun ini. Tetapi disebabkan Covid-19 ada banyak masalah dan ia ditunda ke tahun 2021. Baru-baru ini, pihak Blumhouse telah kongsi imej Michael Myers dengan topeng beliau yang terbakar. Sekali lagi menimbulkan persoalan, bagaimana beliau masih hidup? Kemudian dalam filem Halloween Ends pada tahun 2022 kelak – bagaimana beliau akan mati?

Menurut sumber, Jason Blum turut menjelaskan yang filem ini tidak akan tergantung dan akan mempunyai pengakhiran yang memuaskan. Filem tahun 2022 nanti pula akan lebih puas dan penonton akan berasa lega.

Sohor Kini