Epic Games Store bermula semalam, telah menawarkan dua permainan percuma iaitu Blair Witch dan Ghostbusters: The Video Game Remastered sebagai tawaran mingguan mereka. Anda boleh tebus sehingga 6 November 2020.
Blair Witch adalah permainan pengembaraan seram yang dibangunkan oleh Bloober Team dan diterbitkan oleh Lionsgate Games. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.
Ghostbusters: The Video Game Remastered merupakan permainan versi penambah-baikkan untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada 11 tahun yang lepas. Versi baharu ini sudah dikeluarkan sejak tahun lepas untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC oleh Saber Interactive.
Selepas tawaran ini berakhir iaitu pada 6 November ini, Epic Games Store menawarkan satu permainan secara percuma iaitu Wargame: Red Dragon.