Bluepoint Games dan Sony Interactive Entertainment hari ini berkongsi satu video khas berdurasikan 5 minit di mana mereka memperlihatkan bentuk permainan Demon’s Souls dengan lebih mendalam.
Melalui video tersebut, Bluepoint Games memperlihatkan beberapa ketua mush yang akan pemain hadapi seperti Flamelurker dan juga Armor Spider. Selain itu, video acah tersebut juga memperlihatkan beberapa pengembaraan pemain dan musuh-musuh lain yang akan pemain hadapi kelak. Bagi anda yang ingin menonton video tersebut, anda boleh tonton di bawah.
Demon’s Souls merupakan permainan aksi pengembaraan yang asalnya dilancarkan di konsol PlayStation 3 beberapa tahun lepas oleh FromSoftware dan Sony. Melalui permainan ini, ia akan diolah semula oleh Bluepoint Games dan menyertakan pelbagai perubahan dari segi visual, kawalan kamera dan juga mod Fractured yang terbalikkan dunia permainan tersebut. Mod foto juga disertakan dengan pelbagai kandungan tambahan lain.
Selain itu, permainan ini juga akan menyokong dua tetapan visual dengan mod sinematik yang menyokong resolusi asli 4K dan 30FPS bersama mod prestasi yang menyokong resolusi dinamik 4K dan 60FPS. Bluepoint Games juga mengesahkan permainan ini tidak akan menyertakan sebarang tetapan tahan kesukaran dan ia dihasilkan secara asli seperti permainan asal.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini melalui kemaskini rekaan pelayar web PlayStation Store, Demon’s Souls sudah pun boleh dipra-tempah dengan harga RM299 untuk edisi biasa. Manakala bagi edisi Deluxe, ia akan dijaul dengan harga RM379 dan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti muzik latar dan kostum perisai tambahan.
Dari segi pelancaran, berdasarkan tarikh yang disenaraikan ia akan tiba 12 November 2020 ini. Namun dari segi tarikh pelancaran rasmi di pasaran Malaysia, Sony masih belum mengumumkannya lagi.