Skip to main content

Ubisoft semasa pengumuman prestasi kewangan mereka telah mengatakan yang dua permainan iaitu Far Cry 6 dan Rainbow Six: Quarantine telah ditunda ke tahun fiskal seterusnya iaitu bermula pada April 2021 sehingga Mac 2022.

Far Cry 6 sebelum ini diumumkan akan tiba pada 16 Februari 2021. Manakala Rainbox Six: Quarantine pula diumumkan akan tiba pada awal tahun depan. Mereka mengatakan pelbagai masalah pembangunan terutama akibat pandemik Covid-19 menjadi sebab utama penundaan ini.

Buat masa ini, Ubisoft masih ada lagi Assassin’s Creed Valhalla, Just Dance 2021, Immortals Fenyx Rising, serta Prince of Persia: The Sands of Time untuk dikeluarkan pada tahun fiskal ini.

Leave a Reply