Skip to main content

Seperti dijanjikan oleh Square-Enix beberapa minggu lepas, hari ini mereka akhirnya melancarkan laman acah rasmi buat permainan akan datang Final Fantasy XVI di mana ia menyertakan beberapa informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan visual imej baharu.

Seperti yang anda lihat di imej sebelah, laman tersebut memperlihatkan visual imej baharu yang memperlihatkan watak Clive Rosflied berlatar belakangkan dunia permainan tersebut.

Manakala dunia permainan tersebut pula, iaitu Valisthea juga diperlihatkan dengan lebih lanjut di mana dunia tersebut dipenuhi dengan cahaya kuasa kristal Mothercrystals

Menurut Square-Enix, Final Fantasy XVI akan meletakkan pemain di dalam dunia di mana Eikons iaitu raksasa yang berkuasa berada di dalam tubuh seorang lelaki atau perempuan yang dikenali sebagai Dominant dan berupaya untuk menggunakan kuasanya.

Penceritaan permainan ini memfokuskan watak Clive Rosfield yang merupakan seorang askar First Shield Of Rosaria dan perlu melindungi adiknya, Joshua seorang Dominat daripada Phoenix. Namun atas sebab perkara yang tidak dapat dielakkan, Clive akan pengembara di dalam perjalanan pembalasan dendam.

Bersempena dengan pelancaran laman rasmi permainan ini, Square-Enix juga berkongsi visual khas watak-watak di dalam permainan tersebut di mana anda boleh melihatnya di bawah yang terdiri daripada Clive Rosfield, Joshua Rosfield dan Jill Warrick. Anda juga boleh melayari laman rasmi Final Fantasy XVI untuk sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Final Fantasy XVI sebelum ini diumumkan ketika acara PlayStation 5 dan ia akan tiba di konsol tersebut. Ia diarah oleh Hiroshi Takai dan diterbitkan oelh Naoki Yoshida, iaitu penerbit yang terlibat dengan pembangunan Final Fantasy XIV.

Leave a Reply