Kemaskini 4 November 2020: Permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan November sudah boleh dimuat-turun. Layari pautan ini untuk memuat-turunnya.

Artikel Asal: Selepas pengumuman koleksi permainan PlayStation Plus semalam, Sony Interactive Entertainment kini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan November untuk pemain di Malaysia.

Menariknya, kali ini mereka menyertakan empat permainan percuma iaitu:

  • Middle-Earth: Shadow Of War
  • Guilty Gear Xrd REV 2 ( Bahasa Cina dan Korea Sahaja)
  • Hollow Knight: Voidheart Edition
  • Bugsnax (Untuk pemilik konsol PlayStation 5 Sahaja)

Melalui tawaran ini, permainan Bugsnax hanya akan tiba secara percuma buat pelanggan yang melanggan PlayStation Plus dan memiliki PlayStation 5 kelak. Tawaran tersebut akan bermula pada 12 November sehingga 4 Januari 2021 dan pada masa yang sama, Bugsnax juga akan dilancarkan secara rasmi di PlayStation 4 pada tarikh yang sama, namun tawaran percuma hanya di konsol PlayStation 5 sahaja.

Bagi permainan Middle-Earth: Shadow Of War, Guilty Gear Xrd REV 2 dan Hollow Knight: Voidheart Edition pula, permainan tersebut akan ditawarkan buat semua pelanggan PlayStation Plus di konsol PlayStation 4 bermula 4 hingga 30 November ini.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan Oktober anda boleh memuat-turunnya sehingga 3 November ini.

Sohor Kini