Tropico 6 Versi Switch Akan Tiba Pada 6 November Ini

Tahun lepas, Kalypso Media melancarkan permainan Tropico 6 secara rasmi di konsol PlayStation 4 dan Xbox One di mana ia adalah permainan strategi pengurusan bandar oleh Limbic Entertainment.

Terkini, ketika acara Nintendo Direct mini semalam, Kalypso Media akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut turut akan tiba di konsol Switch menjelang 6 November 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Tropico 6 merupakan permainan simulasi dan strategi pengurusan bandar di mana pemain akan bermain sebagai seorang diktator di mana segala kemajuan bandar atau negara tersebut adalah berdasarkan pengurusan pemain.

Bagi anda yang berminat, ia sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan konsol lain.

Sohor Kini