HAL Laboratory iaitu pembangun untuk siri permainan Kirby dan Nintendo semalam mengumumkan satu permainan baharu iaitu Part Time UFO buat konsol Switch.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara Nintendo Direct Mini dan ia telah pun dilancarkan hari ini dengan harga $8.99(~RM38) melalui Nintendo eShop.

Part Time UFO merupakan satu permainan seakan mesin kren yang sering berada di pusat membeli-belah di mana pemain perlu mengangkat kotak, menyusun barangan dan sebagainya untuk melengkapkan objektif.

Menariknya, permainan ini juga menyertakan pelbagai peringkatkan permainan dengan sejumlah 160 objek yang pemain boleh pindahkan untuk melengkapkan tekaria tersebut. Selain itu, Nintendo juga mengumumkan permainan ini boleh dimainkan secara koperasi dengan dua pemain serentak secara bentuk multi-pemain setempat.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini bermula hari ini di konsol Switch.

Sohor Kini