Seperti yang semua sedia maklum, musim kedua The Mandalorian akan disiarkan di Disney+ pada 30 Oktober ini. Siri TV ini adalah siri sampingan Star Wars yang menarik dan seronok untuk ditonton. Musim kedua ini turut akan menceritakan rahsia disebalik kewujudan Baby Yoda dan mendedahkan Darksaber milik Moff Gideon. Video acah yang diperlihatkan juga kelihatan menarik dan padat dengan aksi.

Sebelum bermulanya musim kedua ini, saluran YouTube rasmi Star Wars telah berkongsi video ringkasan bagi musim pertama. Ia adalah sebagai peringatan agar mudah untuk penonton lebih menikmati musim kedua nanti. Durasi video juga hanya 1 minit 39 saaat, yang mana ia adalah benar-benar ringkas dan mudah untuk difahamkan.

Video ini turut memberi petanda pendedahan lanjut mengenai The Mandalorian dan juga akan datang permusuhan antara Din Djarin dan Moff Gideon. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan siaran musim kedua ini.

Penonton di Malaysia perlu melanggan VPN premium untuk akses Disney+ dan juga melanggan perkhidmatan penstriman video Disney ini untuk menonton secara sah dan bukannya secara cetak rompak.

Sohor Kini