Skip to main content

Pada awal bulan ini, Genshin Impact dijangkakan akan menjana pendapatan sekurang-kurangnya $100 juta dalam masa sebulan dikeluarkan, selepas prestasi yang baik pada awal pelancaran.

Hari ini, berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, Genshin Impact telah melangkaui jangkaan tersebut dengan mengutip $245 juta (RM 1 bilion) dalam masa sebulan. Menjadikan ia antara permainan mudah alih terbesar pernah dilancarkan.

Tidak mengejutkan, Genshin Impact juga merupakan permainan terlaris di App Store dan Play Store sejak dilancarkan pada 28 September lepas. Buat masa ini hanya Pokemon GO yang mempunyai bulan yang lebih baik, di mana mereka mengutip $285 juta dalam masa sebulan.

Bagi mengikut negara, China mendahului dengan menyumbang 33.5% daripada jumlah pendapatan, diikuti Jepun 24% dan Amerika Syarikat 18.3%. Manakala untuk platform, App Store menyumbang 58.7% dan Play Store selebihnya.

Oleh kerana Genshin Impact turut ditawarkan melalui PC dan PS4, dan pembelian juga boleh dilakukan secara terus, jumlah pendapatan keseluruhan mungkin jauh lebih besar.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Leave a Reply