Skip to main content

Hello Games telah mengumumkan kemaskini terbaru untuk No Man’s Sky akan memfokuskan kepada peningkatan kualiti untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. Ia juga akan disertakan untuk PC. Mereka juga mengumumkan yang pemilik permainan tersebut di konsol PS4 dan Xbox One boleh naik taraf secara percuma.

Dengan mempunyai lebihan kuasa melalui konsol generasi baharu, permainan ini akan menyertakan dunia yang lebih padat dengan pelbagai flora dan fauna. Pemain juga boleh membina bangunan yang lebih luas dan tinggi.

Bagi yang sudah bermain di konsol sekarang, fail simpanan boleh dipindahkan dan boleh meneruskan sesi permainan. Ia juga kini akan menyokong sesi multi-pemain sehingga 32 pemain serentak dan sepenuhnya menyokong fungsi rentas-platform.

Di PlayStation 5 dan Xbox Series X ia akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS. Manakala untuk Xbox Series S, pemain boleh memilih untuk mendapat 30FPS ataupun 60FPS. Seperti biasa untuk permainan di konsol generasi baharu ia akan mempunyai kadar pemuatan yang lebih pantas.

No Man’s Sky sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Leave a Reply