Sony hari ini telah memperlihatkan rekaan serta antaramuka baharu untuk aplikasi PlayStation bagi peranti pintar iOS dan juga Android. Video pengumuman tersebut boleh ditonton di bawah.

Melalui rekaan baharu ini, ia akan memudahkan pengguna untuk berhubung dengan rakan, termasuk juga menggunakan mesej dan juga chat suara. Selain itu, PS Store juga disertakan secara terus berbanding membuka pelayar, memberikan pengalaman yang lebih baik untuk mencari permainan. Akir sekali, anda juga boleh memulakan muat turun di konsol untuk mana-mana permainan yang dimiliki.

Aplikasi baharu ini dilancarkan bermula hari ini, dan akan tiba secara berperingkat melalui App Store dan juga Play Store. Perubahan ini adalah selaras dengan perubahan yang dilakukan oleh Sony secara menyeluruh untuk perkhidmatan mereka, termasuk juga laman PS Store.

Sohor Kini