Bloomberg hari ini melaporkan yang Chris Lee iaitu sebelum ini merupakan pengarah untuk Halo Infinite mengumumkan yang beliau tidak lagi terlibat dengan pembangunan permainan tersebut. Beliau masih lagi sebahagian daripada Microsoft tetapi akan terlibat dengan projek yang berlainan.
Selepas Halo Infinite tertunda ke tahun hadapan, penglibatan Chriss Lee dikatakan sudah berkurangan kerana Microsoft telah membawa Joe Staten untuk menyelai kempen solo dan Pierre Hintze untuk menyelia mod multi-pemain.
Di dalam kenyataannya kepada Bloomberg, beliau percaya dan yakin pasukan projek Halo Infinite boleh melancarkan satu permainan yang berkualiti dan merasakan ini adalah masa terbaik untuk beliau menarik diri.
Halo Infinite akan dikeluarkan pada tahun 2021 untuk Xbox Series , Xbox One dan PC. Mod multi-pemain akan ditawarkan secara percuma.