Pada bulan September lepas, Sony telah mengumumkan yang antara kelebihan tambahan untuk pelanggan PS Plus yang memiliki konsol PlayStation 5 adalah PS Plus Collection. Ia adalah koleksi permainan yang boleh dimainkan secara percuma selagi langganan anda masih aktif.

Hari ini, Sony telah berkongsi senarai penuh permainan yang akan disertakan di dalam perkhidmatan baharu ini. Ia menyertakan 10 permainan oleh PlayStation Studios dan 10 permainan pihak ketiga.

Berikut adalah senarai permainan;

  • Bloodborne
  • Days Gone
  • Detroit: Become Human
  • God of War
  • Infamous Second Son
  • Ratchet and Clank 
  • The Last Guardian
  • The Last of Us Remastered
  • Until Dawn
  • Uncharted 4: A Thief’s End
  • Batman: Arkham Knight
  • Battlefield 1
  • Call of Duty: Black Ops III – Zombies Chronicles Edition
  • Crash Bandicoot N. Sane Trilogy
  • Fallout 4
  • Final Fantasy XV Royal Edition
  • Monster Hunter: World
  • Mortal Kombat X
  • Persona 5
  • Resident Evil 7 biohazard

PS Plus Collection tampaknya berfungsi seperti permainan-permainan percuma PS Plus sebelum ini, di mana anda boleh menebus-nya dan boleh bermain selagi mempunyai langganan PS Plus. Perbezaan adalah ia akan ditawarkan lebih lama berbanding tawaran biasa untuk PS Plus.

Ini sudah semestinya adalah senarai awal, besar kemungkinan PlayStation akan menambah permainan lain dari semasa ke semasa.

Sohor Kini