Marvelous dan XSEED ketika Nintendo Direct Mini telah mengumumkan yang No More Heroes dan juga No More Heroes 2: Desperate Struggle tiba untuk Nintendo Swtich bermula hari ini, di mana ia boleh didapati dengan harga $17.99 setiap satu ($19.99 harga bukan promosi).

Dengan pengumuman ini, ia mengesahkan laporan kami sebelum ini di mana No More Heroes telah tersenarai di Agensi Penarafan Taiwan untuk Switch. No More Heroes pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 dan No More Heroes 2 pada tahun 2010, kedua-duanya untuk Wii. Ia dibangunkan oleh Suda51 melalui studio Grasshopper Manufacture.

Mereka juga memperlihatkan No More Heroes III termasuk juga sedikit bentuk permainan. Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan tiba pada tahun 2021 untuk Switch.

Sohor Kini