Skip to main content

Paradox Interactive hari ini mengumumkan yang Surviving the Aftermath akan turut dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan ia dijangka tiba pada suku kedua tahun 2021. Ia diumumkan ketika acara Nintendo Direct Mini yang baru sahaja dipertontonkan.

Permainan simulasi ketahanan hidup ini sudah dikeluarkan secara akses awal sejak akhir tahun lepas untuk Xbox One dan PC melalui Epic Games Store dan baru-baru ini turut tiba untuk Steam.

Surviving the Aftermath merupakan permainan seterusnya bagi siri Surviving selepas Surviving Mars. Seperti kami laporkan sebelum ini, ia telah menjadi antara permainan dengan kutipan tertinggi semasa peringkat akses awal, dan majoriti pendapatan tersebut adalah pendapatan daripada perjanjian mereka dengan Epic Games Store.

Leave a Reply