Skip to main content

Marvelous dan XSEED ketika acara Nintendo Direct Mini telah mengumumkan yang permainan seterusnya bagi siri Story of Seasons yang berjudul Pioneers of Olive Town akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 23 Mac 2021.

Seperti permainan-permainan Story of Seasons yang sebelum ini, anda boleh memulakan kebun sendiri dengan membersihkan kawasan hutan. Anda juga boleh menternak binatang ternakan. Melombong untuk menghasilkan pelbagai peralatan dan juga bersosial untuk membentuk perhubungan dengan penduduk di Olive Town.

Permainan terakhir yang dikeluarkan untuk siri ini adalah Friends of Mineral Town yang dikeluarkan pada Julai tahun ini untuk pasaran global, dan tahun lepas di pasaran Jepun.

Leave a Reply