FINAS melalui kenyataan akhbar yang dikongsi di Twitter rasmi telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembanteras Cetak Rompak sebagai langkah proaktif untuk menghalang pengedaran filem yang tidak mematuhi undang-undang hak cipta.
Mereka juga mengatakan yang langkah tersebut dilakukan untuk memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan, peraturan dan syarat lesen pengedaran seperti yang tercatat di Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).
Di kenyataan akhbar yang sama, mereka telah mengingatkan kepada pemegang lesen pengedaran filem untuk menghentikan sebarang kegiatan pengedaran secara digital tanpa lesen pengedaran yang sah termasuk untuk sistem sewaan.
Mereka menyambut baik jika ada agensi-agensi yang ingin bekerjasama untuk membanteras aktiviti ini dan orang awam boleh melakukan perkongsian maklumat serta aduan melalui emel ini: [email protected].
Sumber: Lowyat