Sony melalui perkongsian prestasi kewangan mereka bagi suku kedua tahun fiskal 2020-2021 iaitu bermula pada Julai sehingga September lepas telah mengumumkan yang PS4 terjual sebanyak 1.5 juta unit untuk tempoh tiga bulan tersebut.

Dengan jumlah tersebut, jumlah PS4 terjual setakat ini telah mencecah sebanyak 113.8 juta unit, berkemungkinan besar akan mencecah 115 juta unit pada akhir tahun ini.

Bagi jumlah pendapatan pula, segmen permainan video telah mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM20 Bilion sepanjang tiga bulan lepas, di mana 77% daripadanya adalah daripada penjualan permainan secara digital dan bayaran perkhidmatan dalam talian.

Walaupun kita bakal memasuki generasi baharu pada bulan depan, tetapi Sony masih lagi menjual permainan, terutama secara digital dengan baik. Sokongan keserasian belakang di PS5 mungkin menjadi antara sebabnya.

Sohor Kini