Presiden Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan melalui temubual bersama dengan Reuters telah mengatakan yang jumlah pra-tempah di Amerika Syarikat untuk PlayStation 5 melebihi jumlah PlayStation 4 terjual selepas 12 minggu dikeluarkan.
Beliau juga menambah yang berkemungkinan besar pembeli yang ingin membeli semasa hari pelancaran tidak akan dapat melakukannya kerana jumlah PS5 di pasaran yang terhad. Namun, Sony akan terus meningkatkan usaha untuk memastikan konsol tersebut hadir di pasaran pada akhir tahun ini.
PlayStation 5 akan dikeluarkan pada 12 November untuk pasaran tertentu dan 19 November secara global, akan tetapi kerana jumlah yang terhad tawaran di pasaran Malaysia masih tidak disahkan lagi.