Semalam telah kami laporkan yang Oscar Isaac akan menjadi pelakon bagi watak utama bagi siri TV MCU Disney+ – Moon Knight. Oscar sedia terkenal sebagai pelakon yang memainkan watak Poe Dameron dalam Star Wars dan juga Apocalypse dalam filem X-Men: Apocalypse. Beliau akan memainkan watak Marc Spector/Moon Knight.

Terkini menurut Deadline, Disney dilaporkan telah menemui pengarah – Mohamed Diab. Mohamed akan mengarah siri TV ini, kerana temanya adalah Mesir dan beliau sedia terkenal dengan filem-filem hebat di Mesir. Salah satu perwatakan Moon Knight adalah sebagai seorang yang memuja dewa bulan Khonshu Mesir. Dewa ini lah yang membantu Marc menjadi Moon Knight.

Jadi tidak terkejut kalau ada elemen-elemen Mesir, padang pasir, atau ala-ala The Mummy dalam siri TV ini. Apa-apa pun masih awal untuk ketahui informasi mengenai siri TV ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini