Bandai Namco hari ini melancarkan DLC baharu buat permainan Ace Combat 7: Skies Unknown bersempena dengan ulang tahun ke-25 buat siri permainan tersebut.
Selain itu, Bandai Namco juga melancarkan sokongan tahap kesukaran yang lebih mudah di mana ia tiba melalui kemaskini permainan secara percuma.
Melalui DLC ini, Bandai Namco menyertakan beberapa jet pejuang baharu antaranya adalah:
- CFA-44 Nosferatu Next-Generation Carrier-Based Stealth Fighter
- XFA-27 Carrier-Based Stealth Fighter
- ASF-X Shinden II Advanced Support Fighter
Penyertaan jet pejuang baharu ini juga menyertakan pelbagai senjata tambahan dan pelbagai rekaan kosmetik untuk jet pejuang sedia ada bersama pelbagai lambang tambahan.
Bagi anda yang berminat dengan DLC ini melalui Steam dan PlayStation Store, ia dijual dengan harga RM59 sahaja.
Ace Combat 7: Skies Unknown telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC dan kami juga telah membuat ulasan penuh di sini.