Skip to main content

EA hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan FIFA 21 untuk konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5, Xbox Series S dan Xbox Series X pada 5 Disember 2020 ini.

Menurut senarai informasi yang dikeluarkan oleh EA, pemilik permainan FIFA 21 di konsol PlayStation 4 atau Xbox One akan menerima segala penaik-tarafan secara percuma untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series.

Namun, anda mesti menebus permainan tersebut sehingga pelangan FIFA 22. Tawaran ini juga adalah untuk kedua-dua edisi digital dan fizikal permainan tersebut. Namun, ia tidak akan berfungsi jika pemain memiliki versi fizikal permainan tetapi konsol versi digital.

Selain itu, EA juga menjanjikan segala kemajuan FIFA 21 Ultimate Team akan di bawa ke konsol generasi seterusnya. Anda juga boleh terus bermain permainan tersebut antara konsol generasi kini dan selepas. Namun kemajuan mod karier, Pro Clubs, dan bermusim tidak boleh dipindahkan.

FIFA 21 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala edisi Legacy Edition pula tiba di konsol Switch.

Leave a Reply