Skip to main content

Ghostrunner iaitu permainan oleh 505 Games akhirnya dilancarkan hari ini secara rasmi di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store, Steam dan GOG.

Meskipun begitu, versi Switch yang dijanjikan sebelum ini dukacitanya ditunda sehingga bulan November ini.

Menurut All in! Games, mereka ingin tingkatkan lagi kualiti permainan tersebut di konsol Switch, sekaligus mengapa ia ditundakan. Namun, buat masa ini mereka tidak berkongsi sebarang tarikh rasmi pelancarannya dan hanya menyatakan ia akan tiba November ini sahaja.

Ghostrunner adalah permainan aksi pedang yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh di samping menyelesaikan beberapa tekaria permainan ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya di mana-mana platform pilihan anda bermula hari ini kecuali Switch. Bagi ulasan kami pula, ia akan diterbitkan sekitar hari ini.

Leave a Reply