State Of Play Games dan Apple hari ini mengumumkan satu permainan baharu akan tiba di Apple Arcade iaitu South of The Circle.
Permainan pengembaraan naratif tersebut akan memfokuskan penceritaan yang mendalam dengan pelbagai lapisan pelakon suara terkenal seperti Gwilym Lee, Olivia Vinall, Richard Goulding dan Anton Lesser.
Pada masa yang sama, Appel juga mengumumkan permainan Warp Drive oleh Supergonk turut akan tiba di Apple Arcade kelak. Mereka juga mengumumkan pelbagai kemaskini sempena bulan Halloween ini seperti Sneaky Sasquatch, The Pinball Wizard dan Tint.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini kelak melalui peranti iOS dengan langganan Apple Arcade di mana ia berharga RM19.90. Sebelum ini, Apple juga umum tawaran khas langganan bersama servis Apple yang lain dengan harga langganan yang sama.
Kami juga sebelum ini menyenarai 5 permainan Apple Arcade yang menarik untuk anda cuba.