Skip to main content

Beberapa bulan lepas Bigetron RA telah menjuarai kejohanan PUBG Mobile World League Bahagian Timur, dan kini mereka memenangi pula PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara yang berakhir pada 25 Oktober yang lepas, mengalahkan 15 pasukan lain dari Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Berikut adalah 5 pasukan terbaik untuk kejohanan ini serta hadiah wang tunai yang mereka bawa pulang;

  1. Bigetron RA (Indonesia) – $30 Ribu
  2. Team Aerowolf LIMAX (Indonesia) – $20 Ribu
  3. Secret Jin (Thailand) – $15 Ribu
  4. RRQ Anthena (Thaildan) – $10.5 Ribu
  5. PW888 (Thailand) – $9 Ribu

Kelima-lima pasukan tersebut juga akan mewakili Asia Tenggara untuk PUBG Mobile World Championship untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak $2 juta.

Manakala 4 pasukan Malaysia iaitu Team Secret berada di tempat keenam walaupun berkongsi mata yang sama dengan PW888 tetapi mereka kurang dari markah bunuh. Geek Fam di tempat ke-8, Yoodo Gank di tempat ke-9 dan Team SMG di tempat ke-11.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pasukan yang berjaya.

Leave a Reply