Konami akhirnya melancarkan eFootball PES 2021 Mobile untuk iOS dan Android, dan ia boleh di muat turun secara percuma. Ia adalah versi terbaru untuk permainan ini, dan pemain yang bermain versi 2020 boleh membawa kemajuan mereka ke versi ini.

Setakat Jun lepas, eFootball PES 2020 Mobile telah dimuat turun sebanyak 300 juta kali.

Versi 2021 ini akan menyertakan kemaskini pemain, jersi dan juga pasukan. Mereka juga menyertakan pemain baharu untuk ‘Iconic Moment Series’ antaranya adalah Ronaldinho, Carlos Puyol dan Deco.

Anda boleh muat turun eFootball PES 2021 Mobile untuk iOS (App Store) dan Android (Google Play) secara percuma dan ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini