Skip to main content

Hari ini, Netflix mengadakan satu acara khas Netflix Anime Festival 2020 di mana mereka mengumumkan pelbagai Anime-Anime baharu bersama sesi temu bual bersama penerbit dari pelbagai studio.

Jika anda melanggan Netflix, anda pasti mengetahui beberapa siri Anime Netflix asli yang diterbitkan oleh mereka sejak beberapa tahun lepas di mana siri seperti Castlevania dan Devilman Cry Baby merupakan salah satu anime kesukaan kami sendiri.

Terkini, ketika acara tersebut Netflix meneruskan legasi penerbitan siri Anime dengan kerjasama daripada pelbagai studio. Melaluinya, Netflix memperlihatkan beberapa pengumuman Anime baharu dan juga video acah untuk beberapa Anime yang diumumkan sebelum ini. Berikut adalah pengumuman yang dilakukan ketika acara tersebut.

Godzilla Singular Point

Pertama sekali, video acah pertama yang diperlihatkan adalah siri Anime Godzilla Singular Point yang diumumkan sebelum ini. Video acah tersebut memperlihatkan beberapa adegan siri tersebut termasuklah raksasa dan robot Mecha.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, siri ini dihasilkan oleh studio produksi BONES dan Orange dan ia akan tiba di Netflix menjelang tahun hadapan.

Eden

Manakala siri anime Netflix Eden yang diumumkan sebelum ini, menerima video acah baharu di mana ia boleh ditonton di atas. Pada masa yang sama, Netflix juga mengumumkan Eden akan dilancarkan pada Mei 2021 ini.

Menurut Netflix, siri ini akan memfokuskan dunia sains fiksyen dan bertempatkan beribu tahun di hadapan di satu bandaraya yang dinamakan Eden 3. Melaluinya, sebuah robot secara tidak sengaja mengejutkan bayi perempuan daripada tidur ‘stasis’, sekaligus robot tersebut membesarkan bayu tersebut.

Vampire In The Garden

Sebelum ini, WIT Studio mengumumkan yang mana mereka akan membawa siri anime Vampire In The Garden. Hari ini, ketika acara Netflix Anime Festival 2020, mereka berkongsi beberapa paparan skrin dan reka bentuk dunia Anime tersebut bersama sinopsis rasmi.

Vampire In The Garden akan memfokuskan dunia peperangan antara Pontianak dan manusia di mana kaum manusia tewas, beberapa kawasan yang boleh didiami oleh manusia berkurangan. Momoka bertemu dengan seorang Pontianak mula tinggal bersama. Penceritaan ini memfokuskan mereka berdua untuk mencari tempat yang mana pontianak dan manusia dapat hidup bersama.

Vampire In The Garden di arahkan oleh Ryotara Makihara dan akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Yasuke

Yasuke pula adalah siri Anime bertempatkan di era fantasi Sengoku. Siri ini dihasilkan oleh MAPPA dann ia akan tiba di Netflix pada tahun hadapan.

Pacific Rim: The Black

Seperti yang dijanjikan oleh Netflix sebelum ini, siri anime Pacific Rim: The Black akhirnya diumumkan secara rasmi di mana ia dihasilkan oleh Legendary Entertainment dan Polygon Pictures yang akan tiba di Netflix sekitar tahu hadapan.

Siri ini berdasarkan siri filem Pacific Rim di mana ia memfokuskan lokasi Australia dan sekali lagi manusia perlu berlawan dengan raksasa Kaiju daripada dimusnah oleh mereka.

Trese

Anime seterusnya pula adalah siri ANime khas dari Filipina iaitu Trese di mana ia dihasilkan oleh BASE Entertainment. Siri ini adalah siri komik yang sangat terkenal oleh BUdjette Tan dan Kajo Baldisimo di mana ia memfokuskan watak Alexandra Trese iaitu seorang detektif yang menyelesaikan kes berkenaan benda ghaib. Dengan pelbagai elemen budaya dan raksasa Filipina, Trese disahkan akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Thermae Romae Novae

Netflix juga mengumumkan siri Thermae Romae Novae di mana ia adalah adaptasi daripada siri manga jenaka oleh Mari Yamazki yang memfokuskan watak Lucius dari empayar Roman terdampar di dunia moden Jepun. Siri ini juga turut akan tiba sekitar tahun hadapan.

High-Rise Invasion

High-Rise Invasion ataupun Tenkuu Shinpan merupakan siri Anime yang memfokuskan seorang pembunuh bertopeng di bangunan tinggi. Yuri yang secara tidak sengaja menyaksikan pembunuhan oleh pembunuh bertopeng tersebut perlu melarikan diri daripadanya.

Siri Anime High-Rise Invasion dihasilkan oleh studi ZERO-G dan diarahkan oleh Masahiro Takata. Ia adalah berdasarkan manga oleh Takahiro Oba dan penceritaan oleh Tsuina Miura. High-Rise Invasion akan tiba di Netflix pada Februari 2020 ini.

Rilakkuma’s Theme Park Adventure

Rilakkuma’s Theme Park Adventure pula adalah siri berhenti gerak (Stop-Motion) di mana ia akan memfokuskan pengembaraan Rilakkuma bersama rakan-rakannya. Menurut Netflix ia akan tiba sekitar tahun hadapan.

Thus Spoke Kishibe Rohan

Siri Anime Thus Spoke Kishibe Rohan pula merupakan siri sampingan berdasarkan siri Jojo’s Bizzare Adventure di bahagian keempat iaitu Diamond Is Unbreakable. Ia memfokuskan watak Rohan Kishibe, seorang pelukis Manga yang mengembara dunia atas sebab ingin menghasilkan lukisan yang lebih ‘nyata’.

Menurut Netflix, siri ini akan dilancarkan di Netflix sekitar tahun hadapan dengan empat jumlah episod sahaja.

The Way of The Househusband

Selain daripada siri aksi-nyata, The Way Of The Househusband ataupun Gokufushudou juga turut akan menerima siri Anime di mana Netflix menyatakan ia akan dilancarkan sekitar tahun hadapan.

Siri komedia The Way Of The Househusband memfokuskan watak Tatsu, seorang bekas Yakuza yang mana kini menjadi suri rumah di mana beliau akan melakukan pelbagai kerja rumah harian seperti memasak dan mengemas.

The Way of The Househusband adalah berdasarkan siri manga Kousuke Oono dan ia siri Animenya akan dihasilkan oleh studio J.C. Staff. Ia juga akan diarahkan oleh Chiaki Kon dan Kenjiro Tsuda akan membintangi sebagai pelakon suara latar Tatsu, yang mana juga melakonkan Tatsu di dalam iklan aksi-nyata sebelum ini.

Spriggan

Seperti yang dijanjikan oleh Netflix sebelum ini, Spriggan iaitu siri manga yang sangat terkenal lebih dari 30 tahun lepas akhirnya akan menerima siri Anime. Menurut Netflix, ia akan dialncarkan sekitar tahun hadapan oleh David Production dan diarah oleh Hiroshi Kobayashi.

Selain itu, Netflix juga memperlihatkan beberapa siri animasi yang diumumkan sebelum ini seperti Resident Evil: Infinite Darkness, bahagian kedua untuk Transformers: War For Cybertron Trilogy, musim seterusnya B: The Beginning dan Baki Hanma yang akan turut tiba sekitar tahun hadapan.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan acara Netflix Anime Festival 2020, anda boleh menontonnya di bawah.

Leave a Reply