Microsoft telah berkongsi senarai permainan yang akan tiba pada akhir Oktober dan juga awal November ini untuk Xbox Game Pass bagi konsol Xbox dan juga PC.

Selain itu, mereka juga berkongsi dua permainan yang kini boleh dimainkan di peranti Android melalui xCloud iaitu PUBG dan ScourgeBringer. Berikut adalah senarai penuh;

  • Carto (Xbox One & PC) – 27 Oktober
  • Day of the Tentacle Remastered (Xbox One & PC) – 29 Oktober
  • Five Nights at Freddy’s 1-4 (Xbox One, PC & xCloud) – 29 Oktober
  • Full Throttle Remastered (Xbox One & PC) – 29 Oktober
  • Grim Fandango Remastered (Xbox One & PC) – 29 Oktober
  • Unruly Heroes (Xbox One, PC & xCloud) – 29 Oktober
  • Celeste (Xbox One, PC & xCloud) – 5 November
  • Comanche (PC) – 5 November
  • Deep Rock Galactic (Xbox One, PC & xCloud) – 5 November
  • Eastshade (Xbox One, PC & xCloud) – 5 November
  • Knights and Bikes (Xbox One & PC) – 5 November
  • Ark: Survival Evolved: Explorer’s Edition (Xbox One, PC & xCloud) – 17 November

Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 30 Oktober ini;

  • After Party
  • LEGO Star Wars III
  • Rise & Shine
  • Tacoma
  • The Lord of the Rings: Adventure Card Game
  • The Red String Club

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini