Skip to main content

Bagi anda yang bermain permainan Player Unknown’s Batttlegrounds ataupun PUBG di konsol PlayStation 4 ataupun Xbox One, hari ini PUBG Corp mengesahkan yang mana permainan tersebut boleh dimainkan di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series S dan Xbox Series X.

Menariknya, menurut PUBG Corp, permainan tersebut boleh dimainkan pada hari pertama konsol tersebut dilancarkan tanpa sebarang kos tambahan buat pemilik permainan tersebut. Selain itu, dari segi bentuk multi-pemain, PUBG Corp juga mengesahkan yang mana sokongan rentas-platform antara konsol-konsol tersebut tanpa sebarang masalah.

Dari segi prestasi, permainan tersebut masih lagi akan dimainkan dengan sokongan fungsi keserasian kebelakang, namun PUBG Corp mengesahkan ia akan menyokong kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS di konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X. Manakala Xbox Sereis S akan dimainkan dengan 30FPS, dan PUBG Corp menyatakan mereka sedang membangunkan sokongan kadar bingkai sesaat yang lebih tinggi untuk konsol tersebut.

PUBG Corp juga menyatakan sokongan kepentingan kadar bingkai sesaat akan dikemaskini di konsol Xbox One X dan PlayStation 4 Pro dengan kemaskini 9.1.

PUBG atau layer Unknown’s Batttlegrounds telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One sebelum ini di mana ia asalnya dilancarkan di PC melalui Steam. Baru-baru ini, musim ke-9 permainan tersebut juga telah pun dilancarkan secara rasmi.

Leave a Reply