Skip to main content

PlayStation Studios dan Lucid Games hari ini mengumumkan yang Destruction AllStars yang sepatutnya dikeluarkan bersama dengan PlayStation 5 telah tertunda ke Februari tahun hadapan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang ia akan ditawarkan percuma untuk pelanggan PS Plus selama dua bulan, bermula Februari. Bagi pemain yang sudah pra-tempah sebelum ini, anda boleh meminta pembayaran balik.

Walaupun ditunda, mereka mengatakan akan berkongsi video acah baharu dan juga maklumat tambahan untuknya pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply