Pathea Games hari ini mengumumkan yang permainan susulan untuk My Time at Portia iaitu My Time at Sandrock akan dikeluarkan terlebih dahulu secara akses awal pada Mac 2021. Ia dijangka akan dikeluarkan secara penuh untuk PC pada suku kedua 2021, dan PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Switch pada suku ketiga 2021.

Permainan ini akan membawa pemain ke Sandrock iaitu satu kawasan canyon serta padang pasir. Seperti permainan sebelum ini, anda akan menjadi pembina. Selain bentuk permainan simulasi pembinaan, ia juga akan disertakan dengan pelbagai penceritaan.

Mereka juga melancarkan kempen biayasama Kickstarter, di mana mereka menyasarkan untuk mendapat $100 ribu. Kempen ini dikatakan untuk membantu mereka menyertakan pelbagai mod lain seperti multi-pemain dan juga agar mereka dapat menerbitkan permainan ini secara sendiri.

Pathea Games sebelum ini telah mengumumkan yang My Time at Portia telah terjual sebanyak 1.7 juta unit. Anda boleh juga baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini – Ulasan My Time at Portia – Permainan Yang Boleh Mengakibatkan Ketagihan.

Sohor Kini