Impulse Gaming telah menawarkan tawaran pra-tempah Cyberpunk 2077 dengan kerjasama bersama dengan pempengaruh seperti Luqman Podolski, Spiderjal, Adibalexx, Yingtze dan Rezzadude. Mengikut pilihan anda untuk mana-mana pempengaruh, anda akan mendapat barangan eksklusif mereka seperti Tshirt dan juga beg.

Harga pra-tempah yang ditawarkan adalah sama degan harga pra-tempah mereka di laman rasmi dan juga Shopee, iaitu RM259 untuk PlayStation 4 dan Xbox One serta RM219 untuk PC. Bagi versi di konsol, ia akan menerima naik taraf percuma ke PlayStation 5 dan Xbox Series.

Seperti diumumkan sebelum ini, setiap pra-tempah juga akan mendapat Kad Pos, peta Night City, buku maklumat Cyberpunk 2077, pelekat, lencana dan untuk versi PC menerima tambahan keychain.

Jika berminat anda boleh dapatkannya melalui pautan ini, tempahan sehingga 10 November sahaja yang akan menerima barangan eksklusif pempengaruh tersebut.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini