Epic Games telah hadir dengan kostum berdasarkan siri Ghostbuster untuk Fortnite, di mana ia boleh didapati melalui kedai di dalam permainan dengan harga 800 V-Bucks untuk satu watak, ataupun 2000 V-Bucks untuk menyertakan satu krew (5 rupa berbeza). Ia juga hadir dengan dua jantina.

Selain itu, untuk melengkapkan set terdapat juga barangan berdasarkan Ghostbuster iaitu Ghost Trap, Proton Pack, Ecto-Glider, dan Proton Pickaxe yang perlu dibeli secara berasingan. Ia akan hadir buat masa terhad sahaja.

Selain Fortnite, Rocket League juga menganjurkan acara masa terhad berdasarkan Ghostbuster, dengan menyelesaikan pelbagai cabaran pemain berpeluang untuk mendapat ganjaran bertemakan siri tersebut.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini