Xbox Game Studios dan The Coalition telah berkongsi video untuk memperlihatkan naik-taraf yang diperoleh Gears 5 apabila dimainkan di Xbox Series. Mereka juga memperlihatkan yang pemain kini boleh memilih untuk menjadikan Dave Bautista sebagai Marcus Fenix. Beliau sebelum ini telah hadir sebagai watak untuk mod mutli-pemain.

Bersama dengan kemaskini generasi baharu ini, turut akan disertakan New Game+ serta tahap kesukaran iaitu Ironman dan Inconceivable. Melalui Ironman pemain akan mempunyai satu nyawa sahaja, manakala Incoceivable adalah tahap yang lebih sukar.

Selain itu, seperti yang dilaporkan oleh IGN, permainan tersebut juga akan menerima DLC penceritaan yang akan tiba pada bulan Disember ini. Ia akan memfokuskan kepada Hivebusters iaitu skuad yang terdapat di dalam mod Escape.

Gears 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC. Ia akan menerima naik taraf percuma untuk Xbox Series pada 10 November ini.

Sohor Kini