Skip to main content

Video Game Chronicles telah melaporkan yang permainan PS4 akan menerima kemaskini yang akan mempertingkatkan kadar kelajuan pemuatan sebagai persediaan untuk PlayStation 5 kelak, namun tampaknya kemaskini tersebut turut akan memberikan peningkatan di PlayStation 4.

Sebagai contoh, mereka telah memperlihatkan perbandingan untuk The Last of Us Remastered. Memulakan sesi permainan baharu, ia mengambil masa 1 minit 30 saat, manakala selepas kemaskini 13 saat sahaja. Manakala untuk memuat permainan tersedia, 2 minit untuk sebelum kemaskini dan 13 selepas.

Dilaporkan juga yang permainan Until Dawn tidak langsung mempunyai skrin pemuatan. Ia dikatakan menggunakan sistem mampatan yang lebih baik, seperti yang digunakan oleh permainan Ghost of Tsushima.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak disahkan oleh PlayStation sendiri, tetapi jika ia benar, pemain di PS4 tidak perlu mendapatkan PS5 untuk merasai kadar pemuatan yang lebih pantas, tetapi ia juga mungkin terhad kepada beberapa permainan sahaja.

Leave a Reply