Skip to main content

Netease Games dan Artplay telah mengumumkan yang mereka akan bersama membangunkan Bloodstained: Ritual of the Night untuk peranti pintar iaitu iOS dan juga Android.

Mereka akan menyertakan antaramuka yang dihasilkan secara khusus untuk peranti pintar, termasuk juga sistem arahan yang diubah untuk lebih memudahkan.

Bloodstained: Ritual of the Night sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC di mana ia telah terual sebanyak 1 juta unit setakat Jun lepas.

Versi permainan mudah alih ini akan dilancarkan secara global dengan sokongan pelbagai bahasa. Buat masa ini, masih tiada tarikh yang diumumkan.

Leave a Reply