Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan kerjasama strategik kreatif khas dengan penyanyi rap terkenal Travis Scott bersama jenama Cactus Jack beliau.

Menurut Sony, kerjasama ini bermula di mana mereka mengetahui Travis adalah peminat konsol PlayStation dan perbualan antara mereka membawa satu kolaborasi unik ini untuk menghasilkan projek inovatif buat peminat.

Menurut Sony, mereka juga ingin membuka dengna lebih banyak idea kreatif kelak dan dengan pengetahuan Travis bersama jenama mereka, mereka ingin membawa sesuatu yang menarik untuk peminat PlayStation. Menurut Travis Scott sendiri, mereka akan mengumumkan projek kolaborasi tersebut kelak dan bersempena dengan pengumuman ini, mereka berkongsi satu video khas yang anda boleh tonton di bawah.

Video tersebut memperlihatkan beberapa jurutera dari PlayStation yang terlibat dengan pembikinan konsol tersebut seperti Hideaki Nishino dan Yasuhiro Ootori. Menariknya mereka juga memperlihatkan kasut khas NIKE rekaan PlayStation.

Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini