Skip to main content

Bersempena bulan Halloween ini, Bandai Namco hari ini mempertontonkan video acah baharu untuk permainan Little Nightmares II yang akan dilancarkan pada bulan Februari ini di konsol dan PC.

Melalui video acah baharu tersebut, Bandai Namco jgua mengumumkan edisi terhad khas Stay Tuned yang akan turut dilancarkan secara bersama.

Melalui edisi terhad tersebut, Bandai Namco akan melancarkannya untuk ketiga-tiga konsol iaitu PlayStation 4, Xbox One dan jgua Switch di mana ia akan menyertakan pelbagai barangan seperti:

  • Permainan penuh Little Nightmares II
  • Bekas Besi khas
  • Buku Karya Seni Permainan
  • Figura Diorama Watak Mono dan Six
  • Papan Pelekat
  • Cakera Muzik Latar
  • Kotak Khas Bertemakan Televisyen

Menurut Bandai Namco, edisi terhad tersebut akan dijual melalui ke laman rasmi Bandai Namco. Namun kami percaya ia akan tiba di pasaran tempatan di pengedar rasmi Bandai Namco kelak

Little Nightmares II akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 11 Februari 2021 ini. Manakala versi PlayStation 5 dan Xbox Series X akan dilancarkan kemudian.

Leave a Reply