Sebelum ini, Nightdive Studios mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Blade Runner yang dilancarkan lebih dari 20 tahun lepas sebagai permainan pernambah-baikkan dan ia dijadualkan untuk tiba tahun ini.

Terkini, mereka menyatakan yang mana permainan tersebut tidak lagi akan tiba tahun ini dan ia akan ditunda kepada tarikh yang masih belum tetap.

Menurut laporan Eurogamer, September lepas Nightdive Studios berkongsi satu video yang memperlihatkan bentuk permainan tersebut setelah dipernambah-baikkan dan ia tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain atas sebab peningkatan visualnya yang tak seberapa.

Stephen Kick iaitu ketua pegawai eksekutif Nightdive Studios juga menyatakan yang mana mereka melalui beberapa cabaran untuk pernambah-baikkan permainan ini semula atas sebab teknologi yang lama dan juga pembangunan tanpa kod sumber dan aset asal.

Blade Runner: Enhanced Edition dirancang untuk tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini