Seperti yang dijanjikan oleh Activision sebelum ini, permainan Sekiro: Shadows Die Twice yang dilancarkan tahun lepas akan menerima kemaskini baharu pada 29 Oktober 2020 ini secara percuma buat semua pemilik permainan tersebut di mana ia menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti kostum baharu, mod cabaran baharu dan sebagainya.

Bersempena dengan pelancarannya, Activision hari ini berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan kostum baharu tersebut dan juga beberapa kandungan yang akan tiba bersama.

Buat masa ini, pelancaran versi fizikal untuk edisi Game Of The Year tersebut hanya akan tiba di pasaran Jepun. Namun kami percaya ia turut akan tiba di pasaran tempatan kelak yang mana ia akan menyertakan kesemua kandungan tambahan permainan secara bersama.

Meskipun begitu, seperti yang kami nyatakan di atas, kesemua pemilik permainan ini masih lagi akan menerima edisi Game Of The Year secara percuma melalui kemaskini permainan yang akan dilancarkan pada minggu hadapan kelak. Untuk informasi lanjut berkenaan kemaskini tersebut, anda boleh membaca artikel ini.

Sekiro: Shadows Die Twice telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami juga sebelum ini telah pun membuat ulasan penuh permainan tersebut yang mana anda boleh membacanya di pautan ini.

Sohor Kini