Mei lepas, Ebb Software mengumumkan satu permainan penembak Scorn yang mana ia dibangunkan untuk konsol Xbox Series dan PC. Kini selang beberapa bulan, bentuk permainannya akhirnya diperlihatkan secara rasmi.

Melaluinya, mereka memperlihatkan pelbagai jenis senjata dan juga raksasa musuh yang akan pemain tempuhi. Bagi anda yang berminat, video berdurasikan 14 minit tersebut boleh ditonton di bawah.

Scorn merupakan permainan penembak seram yang memfokuskan pemain untuk mengembara di dalam dunia yang penuh dengan raksasa bersama senjata-senjata ‘organik’. Menurut pembangun, permainan ini juga memfokuskan bentuk pengurusan peluru dan barangan yang terhad dicampur dengan pelbagai tekaria yang pemain perlu selesaikan.

Buat masa ini, Scorn dijadualkan untuk dilancarkan di Xbox Series dan PC menjelang tahun hadapan.

Sohor Kini