Team 17 dan Moi Rai hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Monster Sanctuary secara rasmi pada 8 Disember 2020 ini.

Ini sekaligus meletakkan permainan akan meninggalkan akses awal di Steam secara rasmi menjelang Disember kelak dan melancarkannya di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah baharu di bawah.

Monster Sanctuary merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain boleh mengumpul dan membela pelbagai jenis raksasa. Menariknya, mereka juga akan membantu pemain bertempur yang mana ia adalah seakan permainan Pokemon tetapi dengan visual pixel dan bentuk 2 dimensi.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini di konsol menjelang Disember ini. Manakala di PC, ia sudah pun dilancarkan secara akses awal sejak Ogos tahun lepas di Steam.

Sohor Kini