Riot Games hari ini mengumumkan yang mana mereka bekerjasama bersama SBTG Studios untuk menghasilkan kasukan rekaan khas permainan League Of Legends: Wild Rif bersempena pelancarannya kelak di Asia Tenggara.

Melalui rekaan ini, pasukan SBTG Studios akan menghasilkan kasut khas menggunakan jenama kasut NIKE Air Force 1 berdasarkan permainan tersebut dengan logo dengan tema warna emas dan biru. Selain itu, mereka juga menghasilkan nama pemilik khas dengan stensil berwarna emas di sisi kasut tersebut.

Menurut Mr Sabotage iaitu pengasas SBTG Studios, beliau menyatakan kolaborasi ini merupakan satu perayaan untuk gabungan budaya antara pengubah-suaian kasut dan permainan video. Ditambah dengan corak kasut Air Force 1, ia juga memperlihatkan rekaan yang menawan untuk rekaan khas tersebut.

Justin Hulog iaitu ketua pengurus dari Riot Games juga menyatkana yang mana mereka sangat berbangga untuk bekerjsama dengan SBTG Studios untuk projek ini dan berkongsi dengan peminat untuk pelancaran permainan League Of Legends: Wild Rift.

Buat masa ini, Riot Games tidak berkongsi sama ada kasut ini akan dijual di mana-mana kedai, namun untuk informasi lanjut anda boleh melayari Instagram SBTG Studios dan Facebook rasmi League Of Legends: Wild Rift.

Sohor Kini