Playstack dan Cold Symmetry hari ini akhirnya melancarkan kemaskini baharu buat permainan Mortal Shell yang dilancarkan Ogos lepas melalui kemaskini “Rotten Autumn”.

Menurut mereka, kemaskini percuma ini menyertakan pelbagai kandungan dan misi baharu bersama dengan ketua musuh baharu. Selain itu, mereka juga menyertakan mod foto yang membenarkan pemain untuk mengambil foto dan juga menyuntingnya dengan pelbagai tetapan dan penuras.

Mortal Shell merupakan permainan aksi RPG yang mana ianya menyertakan pelbagai bentuk pertempuran dengan kemahiran yang pelbagai. Permainan ini juga diinspirasikan daripada siri Dark Souls di mana ia menyertakan tahap kesukaran yang sangat mencabar seakan siri Soulsborne lain.

Mortal Shell telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Bersempena dengan bulan Halloween, Playstack juga umum diskaun khas sebanyak 20% untuk permainan ini.

Sohor Kini