Surgeon Simulator iaitu siri permainan simulasi pembedahan yang sangat terkenal di kalangan penstrim beberapa tahun lepas menerima sekuel secara rasmi pada Ogos lepas di PC melalui Epic Games Store.

Dengan pelancarannya beberapa bulan lpepas, hari ini Bossa Studios mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan kandungan baharu buat permainan tersebut secara percuma yang mana ia menyertakan mod kompetitif khas.

Seperti yang anda tonton di video acah di atas, mod baharu ini akan menyertakan beberapa bentuk permainan yang terdiri daripada mod:

  • Run For Your Money
  • Pulse Racer
  • The Bob-stacle Course
  • Arms Race
  • Balls To The Wall
  • Hide And Shriek

Surgeon Simulator 2 telah pun dilancarkan di Epic Games Store dan bagi anda yang berminat, Bossa Studios juga menawarkan permainan ini dengan harga promosi iaitu $9.12(~RM38).

Sohor Kini